Saturday, July 16, 2011

Pantun Kenegaraan Baru

Memburu untung seekor walabi
Akan disembah kepada raja
Walau (parti) pemerintah saling bertukar ganti
Daulat negara tetap terpelihara

Hijauan hutan serempak tapir
Pergi maklum Indera Segara
Pemimpin wibawa bijak mentadbir
Perkasa rakyat makmur negara

Logam lembut kurang stabil
Masuk minyak berhenti mengurai
Menumbuk-rusuk jangan diambil
Itu punca hancur berkecai

Kofilin memintal aktin mematah
Hasilan ribosom di jasad Golgi
Ambil iktibar pecah perintah
Sentimen meradang semua merugi

No comments:

Post a Comment