Friday, July 15, 2011

Syair tuntutan BERSIH 2.0

i.

Gabungan BERSIH ingin ke mari
Datang ke kota berpanji-panji
Masuk Agong mencapai kompromi
Stadium Merdeka itu lokasi

Perdana Menteri mungkir janji
Tidak pernah sebegitu keji
Meski penganjur sudah berjanji
Rapat umum dengan hati suci

Datang menjelang tanggal istimewa
Mata-mata kubukan ibu negara
Lebuh-lebuh raya sesak merata-rata
Makian pemandu tidak terhingga

Ketat kawalan sekitar kota
Laungan "BERSIH" masih melanda
Tidak kira puak bangsa
Menuntut pilihan raya adil saksama

Polis sekat suruh bersurai
Jelas tidak perlu dihurai
Harap dipinjam angin berbelai-belai
Zarah pemedih dibiarkan berurai

Grenad pemedih dilancar bertubi-tubi
Air kimia kepekatan tinggi
Mara mata-mata dengan gari
Lintang-pukang bertempiaran lari

ii.

Perdana Menteri memperli-perli
Pemedih mata tiada komplikasi
Rakyat Palestin tersedut pernah mati
Terkilan melihat tersinggung di hati

Kerajaan sudah hilang kreditabiliti
Tidak percaya tanya saksi
Rakyat sayangkan ibu pertiwi
Akhiri rejim dengan mengundi

No comments:

Post a Comment