Sunday, November 17, 2013

Pak Lelah Sakit Tenat

Pak Lelah sakit tenat
Sehingga kini belum berubat

Sekolah timus apa mudah sangat
Prestasi kurang dibiarkan lepas
Prestasi cemerlang semua digugurkan

Lapar Pak Lelah tak ada makan
Parasit asing memenuhi badan
Bilangan meningkat menambah beban
Menghisap darah untuk dijamu rakan

Barah kian bertambah ghairah
Menelan hasil semua kegunaan
Jumpa zat siapa tak minat
Besar kecil apa kisah sangat

Otak mengecil akal mengkurus
Diganti pula tisu dungu
Tutur kata tidak terurus
Hilang upaya mengenal merah ungu

Lemah Pak Lelah berjumpa doktor
Jawab doktor apa serius sangat
Mengapa peduli, tak apa masalah

Tubuh melemah ajal mendekat
Nazak kegagalan sistem organ
Sedih saudara-mara melihat
Sihat terabai siapa kasihan

No comments:

Post a Comment