Monday, November 18, 2013

Tahun Baru Cina Pulau Pinang Sambutan 2013

I wrote this during the time when South Korean superstar Psy (Park Jae Sang) was invited to perform in Penang for a Chinese New Year celebration event. Was angry indeed with such indiscriminate spending of taxpayer's money.

Tahun Baru Cina menjelang
Pilihan raya menyusur selepas
Politik campur sambutan perayaan
Pantang-larang seketika diabaikan

Barisan Nasional inginkan bilangan
Menunjuk ada Tionghua sokongan
Bertempat di Pulau Pinang negeri lawan
Jemput artis warga Korea Selatan

Belanja jemput rakyat yang beban
Tak kira siapa pihak tajaan
SENIMAN lantas keluar kenyataan
Mengapa diabaikan artis tempatan

Chuan Aun rasa perlu penjelasan
Telefon ke Timur tanya syarikat hiburan
Yang Goon ikhlas memberi jawapan
1.8 juta minimum perbelanjaan

Kepada penghuni Guan Eng cadangkan
Warna bertuah dijadikan pakaian
Merah kuning hijau pilihan
Menghadiri majlis anjuran Barisan

Kit Siang segera membuat perbandingan
Kedua-dua negara bawah arus pembangunan
Perkembangan ekonomi penanda kemajuan
Nikmat GDP relevan piawaian

Korea Selatan pesat pembangunan
Canggih teknologi cekap urusan
Dihargai jasa sumbangan cendekiawan
Budi bahasa tetap diamalkan

Sampai detik artis buat persembahan
Perdana Menteri tanya hadirin persediaan
Tarian kuda positif jawapan
Terima Barisan berani ditidakkan

Muncul artis yang dinanti-nantikan
Berminit-minit jutaan dibelanjakan
Sebaik sahaja siap persembahan
Hadirin bersurai berpusu-pusuan
Siapa kekal mendengar ucapan?

Lagu artis memang sindiran
Parti pemerintah boros perbelanjaan
Hebat tamparan buat Barisan
Artis datang baik sambutan
Mudarat ditanggung berzaman-zaman

No comments:

Post a Comment